Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Tuesday, October 23, 2012

Perempuan Pinang Lelaki ..


Rilek beb, rilek.. Memang tajuk agak pelik, "perempuan meminang lelaki". Sebab apa pelik? Sebab amat jarang berlaku dalam masyarakat majmuk di negara kita ni..

perghhh ayat intro, macam 30 minit Ustak Don pula.. haha..



Baidewei, ehem...




1) Perempuan kalau dia nak meminang, kena pinang lelaki macam mana?

Bukan senang perempuan nak meminang lelaki ni. Alang-alang pergi meminang lelaki, cari lah lelaki yang super. Yang beragama + baik tingkah laku + kaya + hensem + muda + single +dan macam2 jenis lagi benda super


Takkan lah perempuan meminang lelaki semata-mata sebab minat kat pesen lelaki rempit pulak kan.. Tak berbaloi beb.. Serius tak berbaloi tebalkan muka pergi pinang orang laki.. Kalau pesen laki macam tu tak payah pinang takpe kan? heh..







2) Kenapa perempuan nak meminang lelaki?

Macam gua cakap kat atas tadi, alang-alang kau meminang lelaki, mesti lah nak lelaki yang super terus. Setakat mat rempit tak payah pergi meminang diaorang pun takpe.. haha~


Dan Lelaki Super ni susah nak cari. Susah betul nak jumpa ye dak?

Bila dah jumpa Lelaki Super ni korang kena lah cepat-cepat dapatkan beliau. Kang nanti dikebas orang pula. Benda rare mesti ramai yang nak betul tak? hehe~


gambar adalah imaginasi penulis sahaja.




3) Bila dah jumpa Lelaki Super tu, apa yang saya perlu buang Bang Mejah?

haaaaa..

Bila dah jumpa lelaki yang serba serbi elok, takkan nak pergi pinang terus ye dak?


Mula-mula hang sebagai perempuan harus lah ada cermin. Tujuan gua cakap gini awal-awal sebab nak suruh korang pergi cermin diri sendiri dulu. Macam si jantan nak meminang si makwe lah. Kena cermin diri sendiri dulu jugak..

Tengok diri kita sendiri dulu, kain yang dipakai cukup ke tidak. Bila time solat adakah selalu tipu member cakap hang ni sedang period walhal hang memang takdak darah pun.

Senang cerita, tengok diri sendiri dulu.. Takkan lah kau ni kerja penari tiang lepas tu nak pergi meminang Ustaz Don pulak kan? Gerenti lah si Ustak rejek terus ye dak? Beliau pun nak jodoh yang elok juga..






4 ) Okay, gua dah paham bang Mejah, tapiiiii nanti apa pulak orang kata? perigi cari timba?

Lul...


Cuba bayangkan.. Hang ni pergi pinang Lelaki Super, lepas tu Lelaki Super pulak terima pinangan korang tu. Sebab apa dia terima? Mesti lah sebab dia rasa hang ni Perempuan Super juga..

Ingat orang terima bulat-bulat ke? Mesti lah dia check dulu..

Kalau orang kata hang ni perigi cari timba, lantak lah beb.. Dah kau dapat kawin dengan Lelaki Super kot..

Susah tu nak cari..





5) Itupun kalau Lelaki tu terima gua, kalau dia rejek pinangan gua camne? Malu wehh, mana nak letak muka gua ni. Dah la perigi cari timba.. Timba pulak tak suka kat perigi.. wuwuwwuwu


mari dengar satu cerita..

Dulu-dulu, Umar pernah tawarkan anak perempuan beliau kepada Usman.. Tapi si Usman pula menolak pinangan dari pihak Umar..

Umar tak patah semangat. Beliau nak juga anak perempuan beliau kahwin dengan orang baik-baik. Maka Umar tawarkan anak perempuannya kepada Abu Bakar.

Pun Abu Bakar menolak juga..


Tiba-tiba ada lelaki yang lagi baik dari Usman, lagi hensem dari Abu Bakar tahu pasal perkara ni.. Lelaki Super tu pun meminang anak gadis Umar untuk dirinya sendiri..

Dan Lelaki Super tu adalah Rasulullah kita.. =)

***


Kalau si lelaki tu menolak pinangan korang, jangan risau beb. Mungkin Tuhan nak bagi lelaki yang lebih baik kepada korang..



sekian, tenkiu sebab baca.. haha~





p/s : Lelaki Super ini tiada kaitan dengan blog Super Hamzah

p/s : entry ni dibuat atas perminataan seorang pembaca blog terbangtinggitinggi sejak bulan puasa lagi.. Moga dapat membantu.. woohooo


ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...