Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Tuesday, April 24, 2012

Aktiviti Hujung Minggu : Jalan-jalan Kuala Selangor

terima kasih kat Tourism Selangor untuk aktiviti riadah hujung minggu yang ohsem ni.. oleleh~



ekcelli, weekend lepas aku join satu Program Kemasyarakatan Warga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kat mana lagi kalau tak Kuala Selangor, Selangor Darul Ohsem. Kemasyarakatan beb, masyarakat.. heh


Program ni jugak kolaborasi dengan Tourism Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor. Kolaborasi ni entah betul entah tidak aku eja.. haha..



Kalau kauorang pergi Kuala Selangor untuk jalan-jalan, elok pergi hari Jumaat petang. Sampai-sampai aje dah nak dekat Maghrib gitu, elok lah terus masuk dekat Kampung Kuantan untuk tengok Kelip-kelip yang makin nak pupus ni..




Disebabkan kamera pun takdelah power sangat, maka dalam keadaan gelap guguk kami tak dapat nak ambik gambar kelip-kelip, gambar kelipkelip atas ni google. Dan apa yang TNB iklankan dekat tv serius shit lain benor-benor keadaan dia. 

Apa yang aku dengar diaorang cakap, kelip-kelip ni bontot dia yang menyala ada dua sebab. Pertama nak komunikasi, kedua nak bersenggama. Entah macam mana dia senggama aku pun tak tahu, laga-laga bontot keluar anak kot. Heh~


Hutan Simpan Raja Musa

adegan mencuri pisang

Hari kedua, pagi-pagi lagi ikut warga UPE pergi tanam pokok dekat Hutan Simpan Raja Musa. Lama dah tak masuk hutan. Tapi kat sini tak macam hutan dah sebab ni kawasan tanah gambut, pokok pun takdelah tinggi sangat.. Dari taklimat yang aku dengar sambil makan pisang, hutan ni dulu terbakar agak teruk juga. Lepas tu ada peneroka yang tak berlesen yang tebang pokok kasi tanam itu pokok kelapa sawit. Habis gondol hutan kita. T.T





Kompleks Gerai Ikan Masin Pasir Penambang


Gerai ikan masin ni aku rasa harga dia tak murah dan tak mahal. Sama aje kalau beli tempat lain, cuma kalau nak buat balik bagi sedara-sedara makan okeh aje. Aku cuma beli kerepek ikan kering aje RM10 tiga bungkus besar. Habis budak ni pow.   T.T

Kalau pergi Kuala Selangor tak sah kalau tak makan Nasi Ambeng. Cara makan yang betul haruslah makan dalam dulang dan makan ramai-ramai. Barulah angker dan nampak tradisional sikit. 




Kilang membuat tembikar tanah liat milik V.N Ramadas

Ingatkan nak buat benda ni kena tangan lemah lembut, rupanya tangan kau kena keras, kena kuat, baru lah menjadi.. Aku buat dua tiga bijik bentuk kecik-kecik pun dah lenguh tangan. Haishhh~

Dekat sini, boleh beli tembikar dengan harga murah gila! Periuk memasak yang besar tu pun harga RM15. Kalau masak asam pedas, tomyam dalam periuk tanah liat ni serius rasa dia macam sedap sikit. Kalau kau tak pandai masak tak payah guna periuk ni pun takpe.. haha~




Kampung Nelayan, Sungai Buloh Sasaran


Kalau nak bawak family datang tangkap kerang, korang datang aje dekat sini. Kawtim dengan brader-brader nelayan yang ada dekat sini lepas tu ikut lah diaorang naik bot. Sekali letak sangkar tu dalam laut baru dapat dua tiga bijik kerang. Bukan senang rupanya kerja tangguk kerang ni. Tahu makan kat kedai nak murah, nak banyak.. heh..


Aktiviti kat atas aku rekemen dekat orang yang ada family untuk riadah hujung minggu, eratkan hubungan anak ayah, mak dengan anak, mak dengan bapak. Pergi petang Jumaat, petang Sabtu dah boleh balik dah. Bukannya jauh, Kuala Selangor dekat aje beb.. hehe~


Sekali lagi thanks to Tourism Selangor untuk aktiviti yang ohsem ni. Selangor ni banyak tempat-tempat yang menarik okeh. Lepas ni tukar jadi Selangor Darul Ohsem pulak.. haha




p/s: gambar diambil oleh YanaYassin



Thursday, April 19, 2012

Generasi Y RTM 1 - Malu-malu tapi mahu, mata bertentang mata~

updated : rancangan ini ditunda pada 5 Mei 2012 jam 2petang. TQ



Malu, serius malu. Tak pernah buat, tak biasa, tak tahu, tak reti, tak kenal, tak memahami, tak yakin, tak berani, tak hensem, aaaaaaaaaa...

Nak pergi taknak pergi? Nak cancel tak nak cancel? Nak ke tak nak? Tapi last-last pergi jugak... heh..


Dua tiga hari lepas, Abe Mejah di jemput oleh penerbit iaitu Encik Hisham untuk ke rakaman program Generasi Y bertempat di Angkasapuri RTM. hew hew hew~


Dan seyesly banyak benda yang sebelum ni Abe Mejah tak tahu tiba-tiba jadi tahu. Walaupun Abe Mejah saiz paling besor atas pentas tu, tapi entah kenapa rasa kecik sangat-sangat bila tengok kiri-kanan. Sapelah aku ni berbanding dengan diaorang. Belah kanan ada model cantik hebak Fatin Suhana, sebelah kiri ada Ustaz Abdul Hadi, perunding motivasi dan juga lecturer UIA, dan pengacara Muaz henseng...




Dan kami bertiga asal dari Terengganu, kebetulan kedua. Dan penonton dari Kolej UIA, kebetulan ketiga..

... ... .. .

oh jeng, jeng gini bohh.. sungguh pung rasa jeng guane banyok ngat kebetulan nih...


Tapi, Ustak rilek aje.. Abe Mejoh duk lepak dengan Ustak dari awal sampai habis, makan dengan Ustak, solat dengan Ustak, makeup dengan Ustak, berbicara hal duniawi dengan Ustak dan macam-macam lagi perkara yang tidak sebegitu lagho.. Takkan nak lepak dengan Fatin Suhana pula, beliau bawak ehem ehem dia. Malu Abe Mejoh nak cucuk jarum. Bawak pula jarum tumpul, haishh...


Apapun, program ni rilek-rilek aje. Takdak serius sangat, dan Muaz selaku pengacara memang pandai control keadaan. Tersasul, tergagap semua Muaz kaver baik. Hebak Muaz. Banyak pengalaman yang Abe Mejoh kutip bertaburan atas lantai bagaikan salji-salji.. heh


Panjang betul intro, nah tengok gambar ah..









Terima kasih yang paling banyak kepada Penerbit, Encik Hisyam yang sudi menjemput, krew-krew RTM, Cahaya Band dan juga penonton dari International Islamic College yang banyak membantu selama berada dalam studio ni.. Ramai betul orang kat belakang untuk program ni. Baru tahu.



Generasi Y setiap Sabtu jam 2 petang.. 28haribulan April 2012 pakat duk depan tibi blake neh.. 

awwww~

masuk tv jadi lebar tetibe..

p/s : ramai juga blogger perempuan yang dah masuk Generasi Y, blogger lelaki? 

Wednesday, April 18, 2012

Satu Langkah Menjadi Student Yang Ohsem

Lecturer aku sekarang suka benor mengajor guna slide. Kadang-kadang white board kat depan tu dia tak guna pun. Kadang-kadang lagi best dia duduk kat depan klik klik slide kat depan dah abis chapter dah..

Jadi, dah jadi perkara biasa kalau student datang kelas bawak nota slide yang dah print. Senang pun senang, boleh tulis nota sikit-sikit kat tepi time dia mengajor.


jadi... 


Nah ambik kau printer satu bijik buat belajor! haha..




 Printer cap Samsung ML-2160 Series Mono Laser!



Disebabkan nama pun dah MONO, maka printer ni hanya ada satu toner aje. Tengok gambar kat bawah ada satu roll kaler hitam tu. Kesimpulannya dia dapat print dalam satu kaler sahaja iaitu HITAM.



Apa yang best bila Samsung dah letak satu butang Printscreen dekat printer ni. Fungsi butang ni member aku kata untuk student-student yang pemalas..

haha.. 

Ekcelli butang Printscreen tu sebenarnya untuk memudahkan untuk print apa sahaja yang ada kat screen komputer, dia akan detect sendiri. Kalau hang tengah bukak microsoft word dia akan print dokumen word tu. Kalau hang tengah bukak gambar, dia akan print gambar tu juga. Juga kalau nak print depan belakang tak payah lagi tekan banyak-banyak setting kat komputer, just tekan butang Printscreen tu aje..




Saiz dia serius kecik, 331x215x178 mm. Berat 4 kilo. Jadi memang untuk student lah benda ni. Untuk student print nota-nota slide, print assignment cenggitu. Cuma semua printing akan hitam putih, no kaler-kaler. Tapi kalau ada kaler pun, aku memang selalu ejas setting jadi hitam putih jugak. hehe..


Harga pasaran RM 299. Maybe harga dah turun sebab ni harga Januari 2012. Ini guna USB, kalau yang guna wifi harga RM 349. Memang murah untuk printer laser sebab print memang laju daripada yang guna catridge ink tu.. 

ohyeahhhh..



Thursday, April 5, 2012

Teater Gerimis Mengundang di Istana Budaya KL



Thanks to Azuan Penulis skrip via RubyGojes kerana sudi menjemput terbangtinggitinggi ke Teater Muzikal Gerimis Mengundang. Mekacih banyak-banyak.. muah muah~


Watak utama adalah Kamal Adli pelakon Malaysia dan Mikha Tambayong pelakon Indonesia yang sekarang glemer dengan sinetron Na na na na na nada Cinda.. haha..


Juga pelakon Singapura, Shenty Feliziana Sudirman cantik manis gebugebu yang bawa watak Yana dan Mustaqim Mohamed (Riza yang jahat nak mampus rasa nak tumbuk masa ambik gambar. grr). Dan pelakon Najwa P Ramlee, Taiyudin Apa Celup, dan juga group Shiro yang menambah perencah. Kalau tak ada penambah perencah ni tak tahu lah macam mana.



Zamani(Kamal Adli) ni boleh kata playboy juga. Pada permulaan cerita, Zamani mengorat Yana gadis yang lurus. Yana suka gila-gila dekat Zamani. Tiba-tiba datang seorang gadis yang bernama Cinta (mikha). Dan bermulah cinta, curang, persahabatan, dan of course dendam dan pengorbanan hanya kerana cinta.. awww~


Seriusly teater ni best. Dari awal sampai lah penghujung cerita memang tak bosan duduk. Lagi seronok dengan adanya lawak-lawak yang serius tak jangka, dan babak-babak yang buatkan mencarut-carut dalam hati.


Kenapalah si Yana ni bodoh lurus bendul sangat. Kenapalah si watak Riza ni jahat nak mampus. Kenapalah si Zamani ni tak menghargai perempuan.. Kenapa kenapa kenapa.. Bila dah ada rasa benci bila tengok watak-watak dalam teater ni, itu bermakna cerita ni memang menjadi. Siap ada penonton yang menangis lagi. Serius.

moh tengok gambo.. Thanks to Mohd Zaid dan Shahrul Henseng yang sudi ambik gambar. 



"kamu ini ganteng bangat, semuga sukses ya dengan blog", kata Mikha kepada saya. awww~

Shenty Feliziana Sudirman gebu-gebu cantik manis watak Yana.


***

Pementasan Teater Musikal Gerimis Mengundang ditayangkan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 27 March 2012- 8 April 2012 pada jam 8.30 malam. Boleh dapatkan tiket di www.ticket2u.biz 


ohyeah~

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...