"Bang Mejah, apesal saya mengort awek selalu fail?"
kata Azfar Roslan(bukan nama sebenar) yang email gua dua tiga hari lepas...
***
Dah kenapa tanya gua nih? Ingat gua hari-hari kerja mengorat makwe ke apa? harharhar~
well, kepada adik Azfar Roslan, bila dengar nama adik aje, abang terus terbayang dalam kepala cara apa sebenarnya yang adik guna untuk mengorat makwe nih..
Sebenarnya, melalui pemerhatian selama abang hidup atas muka bumi yang hanya sementara nih, abang rasakan ada beberapa cara yang tak patut adik buat ketika mengorat..
#1 Cara Paling Biasa
Ni lah cara paling kuno gua rasa, kepada golongan makwe makwe, gua nak tanya, dah berapa ramai cuba ayat lu orang semua guna cara ni? Sila jawab dengan jujur kat komen...
panggil makwe guna kaler baju yang dipakai, kalau ada tudung, dia panggil kaler tudung.. Apa kejad ni wahai rakan-rakan lelaki ku sekalian?
#2 Puji Memuji, Mulut manis sangat kalah gula-gula gua makan time sahur tadi
Baru pertama kali jumpa, lu orang dah puji beliau. Nampak sangat lah hang ni minat kat dia, heh.. Tak pernah lagi gua dengar cerita pengalaman pertama jumpa gaya macam ni..
heh
#3 Cara Mat Rempit
Cara mat rempit atau pun cara memanggil kucing.. Ke panggil tikus? Tapi bunyi dia tu gua tak reti nak eja. Bunyi chut chut chut gitu..
Ni pesen apa panggil makwe macam gini? Mana lu orang belajar hah? Mana!!! grrrr
#4 Pesen bajet kenal
Ni bajet bajet kenal mengenal sesama manusia kenapa? Nak kabo hang ni peramah ke apa? heh
#Cara bajet drama cerekarama tv3
Ingat hidup ni macam drama Dejavu Kinabalu ke? heh..
Apapun, bukan gua nak menggalakkan lu orang semua ngorat mengorat. Cuma kalau ye pun, kretif sikit beb. Gi jumpa bapak beliau ke, bagi hadiah beras sekampit kat mak beliau ke.. hehe~
kepada adik Azfar Roslan tadi, kalau nak mengorat camne abang pun tak tahu sebenarnya. Kalau tahu dah lama abang ni ramai makwe-makwe.. Tapi apa yang takleh adik Azfar Roslan buat ni lah ye.. harap-harap dapat ler membantu sedikit sebanyak.. hewhewhew~
Moh layan video ni.. kiut apa..
tata~
ada lagi cara-cara bangang yang lelaki ngorat anda? sila komen kat bawah, anonymous pun takpe bagi yang takde blog.. hehe~