Salom guys, apa khabar..
Dua tiga hari ni tekak asyik nak merasa burger bakar aje. Google punya google, tengok testimoni orang ramai dekat dua tiga bijik blog, maka dengan bersungguh-sungguh gua ajak Lie pergi makan burger bakar.
"cepat woi, kata kul 4 gerak..", kata Lie protes.
"rilek dan sabar wahai sahabatku, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran", kata gua sambil merenung jendela luar tingkap. Mata liar memandang gadis-gadis ber-jogging.
"ok jom, makwe dah jauh lari tu.."
Lie hanya geleng kepala tanda protes.
Kira-kira 15 minit naik motor, terus sampai lokasi. Kali ni lokasi pilihan untuk Hi-tea adalah Burger Bakar Abang Burn Ampang. Dekat Food Court Dagang Avenue tu, kat hujung skali nampak jelas gerai Abang Burn.
Fuhhh..
tengok gerai, bukan tengok belakang makwe tinggi lampai ni ya.. hehe~ |
perghh. tebal tu beb.. |
bagus betul abang ni, tak suruh posing pun tiba-tiba aje wat gaya gini.. hehe~ |
Wow, pekerja diaorang professional lah kiranya. Walaupun gerai aje, tapi kebersihan tetap utama. Kesemua pekerja pakai sarung tangan, jugak tutup kepala gitu.. Susah nak jumpa gerai yang betul-betul jaga kebersihan ni.. ye dak?
Punya lah banyak menu burger bakar yang ada. Tak tau nak pilih apa weh, bila ditanya, diaorang cakap customer ramai pilih jenis ABANG BURN SUPREMO. Sebab dalam burger ada onion ring dan jugak cendawan goreng. boleh pilih nak ayam, daging, atau kambing!
Order aje Burger Bakar dengan diaorang, tak sampai 15 minit, order terus sampai!!! serius pantas servis diaorang. Syabas syabas..
ABANG BURN SUPREMO harga RM9.50 (Normal) |
Yang ni gua mintak extra onion ring dengan extra cendawan goreng. Sebab onion ring dan cendawan goreng diaorang resepi special jugak! woooaa~
![]() |
ABANG BURN LAMB . Harga RM10.50 (Normal) |
*brader ni tak abis lagi duk kagum burger bakar kambing |
![]() |
add on lagi. Keh keh keh |
![]() |
BURGER BAKAR TOWER. kalau datang ramai2 boleh buat cenggini ya |
woooaaa! Tak sampai setahun 13 cawangan dah ada? mesti ramai sangat permintaan dari orang ramai ni. Dengar cerita dari Kak Burn, ada yang poslaju Burger Bakar ni hingga ke Sabah! Rahsia burger bakar Abang Burn ni, makin lama simpan makin sedap!!! Tapi jangan la lama sangat ya peram tu.. hehe~
kalau korang ada niat nak meniaga dan buka/ mohon lesen francaise Abang Burn, boleh aje call Kak Burn 019-388 8598 atau pergi link http://tinyurl.com/perlesenan-licensing
SEDAP! SERIUS SEDAP!
Apa yang istimewa ?
Daging tak kering macam daging bakar gerai lain, sos istimewa ciptaan sendiri, resipi daging pun rekaan Abang Burn sendiri, servis pantas tak sampai 15minit, pekerja yang utama kebersihan!
Dan yang utama adalah SEDAP WOI!!! eh, tadi dah cakap sedap.. haha~
Yang terbaru, diaorang baru aje lancarkan resipi terbaru! iaitu BURGER BURN LELEH! gerenti meleleh punya burger korang tu, sekali air liur meleleh-leleh punya..
![]() |
antara menu pilihan Burger Bakar Abang Burn. Terbaru yang kiri paling bawah. BURGER LELEH |
Amacam? meleleh air liur dah? mana nak cari Burger Bakar Abang Burn? Mana lokasi terdekat korang?
13 jajahan Burger Bakar Abang Burn : Ampang, Kajang-Bangi, Nilai, Johor Bahru, Kota Damansara, Sunway-Subang Jaya, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Alor Star, Klang, Melaka & Cheras Perdana.
untuk kesemua lokasi Abang Burn ni korang boleh check kat link : http://tinyurl.com/lokasiabangburn
ataupun jom checkout facebook Burger Bakar Abang Burn : https://www.facebook.com/abangburn
Akhirnya tercapai juga impian tekak yang dah lama mengidam burger bakar ni.. lepas ni boleh ajak makwe dating sini sambil layan burger bakar. =)