Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Monday, April 15, 2013

Meatball Abang Burn @ Gerai Burger Bakar Abang Burn



Salam guys,

Ingat tak lagi aku cerita pasal Burger Bakar Abang Burn hari tu? Kalau tak ingat ni haaa link yang lepas http://goo.gl/OHo7v . Lepas aje aku buat entry pasal Burger Bakar Abang Burn, big boss TER-baca lah pulakkkk… Terus dia ajak pi makan Burger Bakar sekali lagii… ohyeahh~

sampai aje kat gerai Burger Bakar Abang Burn Ampang, TER-nampak pulak satu banner depan kedai.. Apakebenda pulak yang Abang Burn promosi nih? Eh eh..



Tu dia, rezeki orang kata, rupanya diaorang baru aje lancarkan menu terbaru, MEATBALL ABANG BURN!! Alang-alang dah sampai sini, cuba aje lah, ye dak? Hehe~


Lebih kurang 13 minit order, MEATBALL pun sampai lah. Sekali dengan Burger Bakar yang kitaorang order. Niat hati nak makan Burger Bakar aje, sebabkan ternampak resepi terbaru, terus order Meatball jugak.



Satu hidangan Meatball Abang Burn RM9.90 aje.  Aku kira-kira ada 10bijik Meatball kat situ. Termasuk sekali Wedges kat tepi tu.

Punya lah kedekut aku ni, sampai berapa banyak meatball pun aku kira, hehe.. Tapi kalau tak kira tak tahu pulak kan. Ada 10bijik ya adik-adik, nanti korang pergi makan pastikan cukup 10bijik tu!





Ahh, Cakap banyak tak guna jugak.. Jom makangggggggg!!





Sedap ke MEATBALL ABANG BURN ni?
Sedap! Sangat sedap!

Jadi? Macam mana rasa MEATBALL ABANG BURN ni?
Lembut, penuh dengan daging, aku tengok hamper 90% daripada meatball ni daging semata-mata. Jadi kalau korang ngap sekali serius akan rasa daging tu penuh kat mulut.

Apa Yang Istimewa yang ada kat MEATBALL ABANG BURN?
Resepi ciptaan Abang Burn sendiri. Daripada sos Meatball, campuran bahan-bahan cukup lengkap. Juga ada wedges kat tepi. Harga berpatutan. Mushroom brown sauce pun boleh tahan pekat jugak, sedap dan tak muak kalau makan abis satu pinggan. Hehe~







Itu dia, adik-adik sila jangan makan Meatball macam gini ya, sampai mata terpejam tu.. heh





Korang suka Meatball? Nak try rasa Meatball Abang Burn? Pastu mana nak carik? Dun worry beb, kalau nak tahu lokasi cawangan Burger Bakar Abang Burn, boleh klik kat sinià
http://tinyurl.com/lokasiabangburn


Ataupun jom check out Facebook Burger Bakar Abang burn: 
https://www.facebook.com/abangburn

Satu bijik lagi tinggal, nak lagi romantic sila belah dua meatball lepas tu bagi kat makwe separuh. Tapi kalau ada orang sebelah tengok sila lah order lagi satu ya, kang orang kata kedekut pulak..
untuk lebih info cekedaut web abang burn www.abangburn.com
=)

Monday, April 1, 2013

Apa makwe-makwe perlu buat kalau orang datang meminang.. awww~




1) Buat rilek aje. Jangan gelabah

Kalau ini first time orang datang meminang, gerenti lah lu orang gelabah semacam ye dak? Perasaan berdebar-debar gerenti ada.. Eksaited pun ada sekali. Tapi jangan lah tunjukkan sangat. Nak lompat pun lompat dalam bilik sorang diri sudah ler..




2) Sorokkan diri
Ya! Perempuan yang diminati oleh mak mertua semestinya anak dara yang malu-malu. Apabila ada yang datang ke rumah nak meminang, lu orang patut sorokkan diri dalam bilik. Jangan menggelabah nak keluar okeh. Bila mak hang panggil baru lah keluar... hehehe~





3) Bersedia untuk buat air
Ya.. ini baru lah peluang lu orang semua untuk keluar.. First time buat air untuk bakal mak mertua ni sampai bila-bila orang akan ingat. Jangan buat air pelik-pelik ye, cukup la sekadar air teh atau kopi..




4)Baju jangan lupa pakai woi!
*lupa lukis baju.. jenggg sungguh..

5) Muka tu kalau boleh biar lah mengadap tetamu
Buat lah lagu mana pun. Pusing lah keliling rumah sekali pun, asalkan bila sampai kat depan tetamu ni korang kena mengadap diaorang, bukan membelakangkan tetamu okeh..



6) Jangan duk menyampuk orang tua bercakap.

ya.. Jangan menyampuk.. Serius jangan.







Arakian, renung-renungkan dan selamat beramal jariah.. i lebiu





ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...