Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Sunday, March 31, 2013

Buka Puasa Dengan Burger Bakar Abang Burn..




Well, siapa tak kenal Burger Bakar Abang Burn? Kalau kenal mestinya korang dah rasa Abang Burn punya burger yang tebal lagi enak lazat disukai perut orang ramai.. hehe~

Hari khamis lepas, Abang Burn baru aje lancarkan satu lagi menu baru sempena Ramadhan Al-Mubarok nih. Yang special pasal burger baru ni, dia ‘limited edition’ bak kata orang putih. Maknyanya korang hanya boleh jumpa Burger ni ketika Bulan Ramadhan sahaja..


Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Burger Bakar Abang Burn memperkenalkan menu baru mereka.

Al-Lazat nama menu terbaru Burger Bakar Abang Burn ni. Dengar kata, Al-Lazat ni sempana kata pinjaman dari bahasa Arab Al-Lazi yang bermaksud sedappppp… kan dah nak puasa ni, nama mestilah ala-ala Arab sikit baru feel bulan Ramadhan, ye dak? Heee~

Untuk Burger Bakar Al-Lazat ni, diaorang memang ada banyak variasi, kalau nak tambah-tambah apa yang patut pun boleh aje.. Ada Special, Supremo, Cheese dan banyak lagi lah. Ibaratnya satu hari korang kena cuba satu jenis. Cukup sebulan puasa maka khatam lah menu Burger Bakar Abang Burn. Gitu kekdahnya…



Burger Bakor Al-Lazat ni istimewanya adalah Ayam Percik Moden dengan Sos Timur Tengah. Dengan ayam yang tebal dan empuk, tambah pula dengan sos percik, memang sekali ngap aje korang akan rasa kesedapan yang lain dari yang lain. Seyes beb tak tipu…

 



Bersama Yana dan Ruby gojes yang masing-masing makan 2 biji seorang, lepas tu tapau pula 3 biji buat balik rumah. Malu lettew nak makan banyak lagi..


 Makwe-makwe yang masih single pun ada jugak try Burger Bakor Al-Lazat ni. Satu, Dua , Tiga, Empat siapa cepat dia dapat.. keh keh, berpantun melayu pulak aku ni. Heh


Jadi kat mana nak dapatkan Burger Bakor Al-Lazat ni? Kat mana lagi kalau bukan di semua cawangan Burger Bakar Abang Burn. Sekarang ni BBAB dah ada 18 cawangan di seluruh semenanjung. Jadi kalau kedai dah banyak camtu tapi korang tak pergi try burger limited edition ni sangat-sangat rugi beb.. 





Burger Bakor Al-Lazat sememangnya LAZAT, dijamin oleh terbangtinggitinggi =)

nak tahu lokasi cawangan Burger Bakar Abang Burn, boleh klik kat sinià 
http://tinyurl.com/lokasiabangburn 


Ataupun jom check out Facebook Burger Bakar Abang burn: 
https://www.facebook.com/abangburn atau Website: www.abangburn.com


Comments
4 Comments

4 comments:

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

yeaaa...finally,,update jugak,suke makan metball abg burn,best ! nak entry katon pls ;p

Terbelog said... [MEJAH JAWAB]

lama x update
Popular Post : Batal Tak Puasa Gosok Gigi di Bulan Puasa

myraVea said... [MEJAH JAWAB]

Yummy! Kempunan dah nak makan burger bakar time puasa ni. Sobss

Afiq Ismaet said... [MEJAH JAWAB]

hilang ke apa?
lama gila tak hapdet.

abg burn ok lazat, dah makin al-lazat ni !

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...