Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Tuesday, January 28, 2014

Kahwin Awal

Yezza.. arini kita story kisah kahwin-kahwin punya.. Semua orang suka kahwin, bujang suka dengar, yang dah kahwin pun gerenti suka dengar.. hehe~

Aku tak tau cerita orang lain, jadi aku story apa yang orang tanya aku lah.. camne aku buleh kahwin awal ni..

Story Mejah Kahwin:

Kahwin ketika umur 24 tahun. Ketika tahun akhir duk UIA. Nak kata awal rasa macam tua bangka dah. Nak kata lewat tak jugak. Tapi orang kata ok lah tu umur 24 dah boleh kahwin.

Tapi bila kau duk belajar lagi, pastu kau kahwin, tu baru lah menjadi pertanyaan kat orang lain..

0. Betulkan niat.

Kenapa kau nak kahwin? Sebab taknak buat maksiat? Dah gersang sangat? Dah sampai masa hidup berdua?

Ikut kau lah sebab apa.. Tapi jika niat baik, insyaallah tuhan akan tolong. betul, serius.

1. Target bila kau nak kahwin

Ya, hidup kena ada target beb. Kena ada matlamat orang kata. Dulu aku target umur 26 mesti kahwin. Tapi tuhan baik hati dia kasi awal lagi.. hehe

Target ni kau jangan cakap kat orang lain. Cakap dengan diri sendiri sudah. Sebab apa jangan cakap kat orang lain? Sebab kat dunia yang indah ini begitu ramai yang akan perlekehkan impian korang tu.. =)


link lama : masuk tv


2. Cermin diri sendiri


Haa.. lepas dah ada target, apa lagi.. Cari cermin, tengok diri sendiri..

Bukan-bukan.. Bukan literally. Tapi secara mudahnya tengok lah diri kita sendiri dulu. Layak ke tak lagi ni nak kahwin? Dah sunat belum? Dah baligh belum? Dah mumiyiz ke belum? Baju terdedah ke tak?

Kalau rasa diri sendiri tak elok maka, elokkan diri dahulu. Naik level dulu, tak payah level ustaz ustazah sangat lah. Dah elok dari sebelum nya pun dah cukup..




3. Bagitau Mak Bapak

Tu dia, cerita dekat mak pak, takuutt beb, takut..

Aku pun tak tau hubungan kekeluargaan korang macam mana, tapi, untuk urusan kahwin gini, memang kena bagitau mak pak dulu lah ye.. Jangan dah kahwin baru bagitau, jangan buat camtu.. Bagitau awal-awal sikit.

Camne cara Mejah bagitau Mak Pak beliau?

haa.. gini..

i) Bagitau secara halus.. 

Dah nama pun halus, maka, kena bagitau bukan straight to the point. Kena ada membasi-basi orang kata. Tak pun gurau-gurau gitu.. Ini perlu, sebab kita nak set otak mak ayah kita untuk terima berita TERGEMPAR yang seterusnya.. Bagitau secara halus ni aku buat sebulan sekali ka, tahun-tahun sebelumnya, kadang-kadang secara gurauan giteww..

Kadang-kadang cerita pasal member-member yang masih belajar pastu kahwin, kadang-kadang cite pasal artis kahwin, ikut suka hang lah nak cerita apa.. Mak ayah kau, mesti kau tahu kan.. heh..

ii) Bagitau terus Straight To The Point.

Bila dah sampai masa, bagitau terus kau nak kahwin. Takdak tapi-tapi lagi. Bagitau depan-depan, bukan dalam tepon, bukan dalam sms. Tekad beb.. tekad..

aku bagitau ketika bulan puasa naik kete sorang dari KL pergi terengganu hujung minggu. Jumaat balik rumah ahad balik KL, lepas raya terus langsung nikah.. Woooahhh..


LOL... macam-macam reaksi ada.. tapi rilek aje beb.. bukan buat benda jahat pun, cuma di luar normal masyarakat aje.. huhu..



4. Cari duit

Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.

pergh ayat gua ni macam pencetus ummah pun ada.. haha..

Agak-agak dari mana sumber duit tu datang jika kau masih belajar? Duit ni antara masalah utama lah kenapa ramai muda mudi tak kahwin-kahwin lagi.. Dah kerja sepuluh tahun pun ramai yang cakap duit tak cukup lagi.

Dah kau Mejah mana cari duit? Mintak mak pak? Mak pak kau kaya?

Takde eh, sebenarnya untuk cari duit tak senang, juga tak susah.. Kalau usaha mesti boleh, tadi kan ada target bila nak kahwin. Jadi usahalah mencapai target tu. Kalau kau duk saje aje tunggu orang kaya raya datang meminang memang peluang tu tipis yang amatlah. Lain lah kau cantik, body cantik, perangai cantik serba serbi..

Jadi untuk kes aku ni, aku BERNIAGA.


Gambar lama meniaga offline : LINK 1, Link 2

Ada time untung, ada juga time rugi.. Kebiasaan lah meniaga ni, yang penting usaha dulu, pastu mintak dengan tuhan sungguh-sungguh..

ya, orang nege aku ni.. Aku try jugak kerja dengan orang. tapi hampeh, kerja penat, duit ciput. Tu kalau kerja makan gaji part time lah. Kalau kerja gaji tinggi tu lain cerita..

"Gua student lagi bang, Jika nak meniaga part time macam mana? bahagi masa macam mana? "

i) cari ilmu berniaga. Nak meniaga kat mana, untung macam mana, kira-kira untung rugi. Cari ilmu ni MESTI ada cikgu. Ya, ada mentor. Tanya kat orang-orang yang pernah meniaga. Jangan tanya sorang aje, tanya lah banyak-banyak orang skit.. Lain orang, lain pengalaman dan cerita diaorang..

Kadang-kadang ramai yang kedekut ilmu, biasalah. Tapi kalau korang tanya kat inbox fesbuk aku, insyaallah aku jawab apa yang aku tau.

ii) Nak meniaga apa?. Berniaga apa yang kau minat. Aku pernah jual tudung, jual kain pasang, jual produk kecantikan, jual spek, jual ubat laki, service kereta, dan macam-macam lagi.

Kiranya konklusi daripada pengalaman aku yang suka meniaga ni, lebih baik meniaga apa yang kau minat. Tahan lagi lama, happy pun lagi lama.

Yang tahan lama aku buat sampai sekarang adalah blog, meniaga produk kecantikan, dan service kereta. Sebab apa? Sebab aku minat, takde orang bagi duit pun aku tulis blog juga, untung singgit jual produk pun aku jual lagi. Kotor dengan minyak itam pun aku suka baiki kereta lagi.

Sebabnya aku minat..


kerja kat bengkel, puasa tahun lepas. Paling banyak untung sebab ramai orang baiki kereta bila raya. Sekarang pun petang-petang kalau ada nak service kete aku ambik aje, buat petang-petang pukul 5.



5. Meniaga ONLINE

Duit yang aku kumpul nak kahwin banyak datang dari online bisnes. Jual produk punya. Jual kat fesbuk. Terbaru aku dan bini akan keluarkan produk kecantikan kami sendiri. Main redah aje ni, tapi walaupun redah aje, ada plan yang tersendiri jugak.. Bisnes plan semestinya ada..

Kiranya dari beberapa tahun pengalaman berniaga produk orang lain, kitaorang guna dan apply untuk produk sendiri.. nanti, insyaallah akan keluar BEUCURE Advanced Whitening & Treatment



 Facebook link --> https://www.facebook.com/beucure
Facebook group --> https://www.facebook.com/groups/531328603649049/

cukup kuota 50 orang, group ni akan ditutup(secret, takdak orang buleh tengok), untuk fokus kepada 50 orang yang nak ilmu Beucure..


Tujuan utama kitaorang, untuk bantu rakan-rakan berjaya dalam perniagaan online dengan program Beucure. Ilmu percuma, support percuma, dan jumpa face to face bagi nasihat pun okeh aje. Apa yang aku tau, aku akan cerita, takdak pusing-pusing punya, ..

Mentor aku bagitau, lebih banyak kita memberi, lebih banyak Tuhan bagi kat kita.. Baru lagi Beucure kitaorang ni.. Baru tubuhkan, baru nak bermula. Jika ada apa yang tak kena, mohon korang nasihat lah juga okeh..



Tadi cerita kahwin awal.. tiba-tiba terkeluar cerita lain.. hehe


apapun, ada yang tanya best ke kahwin awal?

Best jugak, kalau aku tau best macam ni lepas sunat aku dah kahwin.. =)
Comments
19 Comments

19 comments:

Afasz said... [MEJAH JAWAB]

betul tu, insyaAllah Allah akan tolong hambanye....

Anizz Annisa said... [MEJAH JAWAB]

klau niat baik, mesti ALLAH tolong kan.. ape2 pun tahniah dirikan masjid lebih awal kerana berani buat syaitan menangis ..heheh.. :)

msredcheesecake said... [MEJAH JAWAB]

lama hilang rupanya nak tukar status... best la tu... kalau buat kerana Allah, apa pun akhirnya baik... kalau bukan kat sini kat sana nanti...

syimiekitty said... [MEJAH JAWAB]

sy pun student lg n berniaga utk side income. sy niaga makanan. kek batik, kerepek,trifle dll.

eh...boleh tlg repair kereta sy?

Evagurl said... [MEJAH JAWAB]

laa x seko slamo ni mu panda bekki keto. aku igt muto jah. hehe

tahniah utk produk baru. anda kaya dan berjaya!

insha Allah suatu hari nanti akan kluar produk aku sdiri jugop..tp bkn produk kecantikan la sbb aku x minat hop tu.keh3..

btul2 as mu oyak..nyesal x kawen awl.. tp nasib la akan khwin jgop. mujur ado ore nok pn mujur kan. haha

phyca antares said... [MEJAH JAWAB]

i found "takde orang bagi duit pun aku tulis blog juga, untung singgit jual produk pun aku jual lagi. Kotor dengan minyak itam pun aku suka baiki kereta lagi." is very inspiring.thanks! :)

imah said... [MEJAH JAWAB]

tekejut hambe.. bace-bace je, mejah da kawin...
tahniah tahniah...

Isabella Sofiaelena said... [MEJAH JAWAB]

Hahahaha...mula2 tulis sal kahwin lama2 jadi bisnes plak..
Apa2 pun penulisan u best bro...suka!!!

muja said... [MEJAH JAWAB]

sapa tak nak kawin,, tapi,, kalau tak de yang nak macam mana pulak,, huhuuu.. selamat berbahagia selama lamanya :D

QZ92 said... [MEJAH JAWAB]

takpe bang. janji rezeki tu dari sumber yang halal lagi bersih.

semoga berjaya dengan jaya

Rya Amani said... [MEJAH JAWAB]

alhamdullilah. seronok kawen awal ni. syukur dh penah merasa. Kawen umor 20 dan ex hubby masa tu 24. Cuma syg jodoh cuma 10thn jer.

Mohd Shubhi said... [MEJAH JAWAB]

Memang rugi kalau tak kawin awal. Beucure tu nak sebut macam mana...?

lily lotus said... [MEJAH JAWAB]

Islam itu mudahkan? Alhamdulillah jodoh sampai awal gitukan...

FarhanaLicious said... [MEJAH JAWAB]

Belum ada jodoh nya :l

Farid Laham said... [MEJAH JAWAB]

semoga murah rezeki dan diberkati apa jua kerja yg bro bt insyallah :)

Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin said... [MEJAH JAWAB]

insyaallah akan kami memperbetulkan niat untuk berkawin. jodoh itu di tangan tuhan. yang kawin awal kemungkinan terlanjur. apa kan daya.

http://iluvtour.com jemput singgah

♥ Nana BamBam ♥ said... [MEJAH JAWAB]

doakan ambe cepat2 kawin ..hhehe..aminn

Zainal Abidin Ghazali said... [MEJAH JAWAB]

laaa...dh khwin ke..thniah.
setting target,kumpul duit,ingt satu jodoh itu rahsia,manalah kita tahu bila kita khwin.
semuanya telah tertulis..
sampai masa .eh..dh khwin aku.

Mommy Nia said... [MEJAH JAWAB]

memang betul bila nak kawin Allah akan murahkan rezeki, janji usaha

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...