Korang pernah bercinta? Bercinta bagai orang gila ke sana ke mari, empat lima tahun bercinta last-last si dia curang pula..
Gila.
Jadi bila gua pikir-pikir, sebenarnya ada dua keadaan bila kekasih hati curang. Pertama si lelaki yang curang. Kedua perempuan lah yang curang pulak ye.. Kalau jantan curang dengan jantan tu cerita lain. heh
Jadi untuk edisi pertama ni gua nak cerita, apa gadis-gadis perlu buat jika boyfriend anda curang dengan perempuan lain..
ceh, banyak edisi lah pulak si Mejah ni.. huhu~
1. Jangan main serang terus, sabor, rilek lu..
Jadi, bila dah bersabor, bertenang, mulakan dengan langkah ke dua..
2. Siasat dulu kebenaran cerita curang yang hang dengar tu..
Ya! Perempuan ni kadang-kadang ada yang gila juga, kadang-kadang aje lah. Bila kawan dia cakap ternampak si pakwe tu dating dengan makwe lain, mula lah naik minyak. Jadi raksasa, jadi langsuir, jadi hantu, jadi gangster terus..
Rilek dulu makwe-makwe sekalian. Jangan gelabah, siasat lah dulu. Walaupun kawan baik hang yang bawak cerita tu, elok lah siasat cerita sebenarnya ye dak? Macam mana nak siasat? Lu pikir lah sendiri, jadi penyiasat ka, upah private ka, atau suruh adik-adik ka ikut jantan tu.. nama pun menyiasat..
nak lagi kepastian, kau pergi siasat sendiri...
3. Tanya si pakwe betul ke tidak dia curang..
okeh bang Mejah, gua dah siasat dah, gua dah confirm sudah terang lagi bersuluh si jantan keparat tu curang dengan gua, cuba cerita langkah seterusnya sebelum gua libas anu dia guna parang keturunan nenek moyang gua ni...
Tanya si pakwe anda itu. Cara bertanya ni pun kena ada cara dia jugak ya.. Jadi untuk lebih kepuasan yang klimaks dan maksima, anda hendaklah tanya secara depan-depan atau omputih kabo face to face..
Cara bertanya tu jangan marah-marah ye, rilek2 aje tanya macam orang bodoh gitu..
4. Gunakan kuasa anda sebagai perempuan
Nohorom betul, pakwe hang semestinya takkan mengaku beliau curang. Ibarat orang berak tepi jalan takkan ada yang akan mengaku ye dak.
Jumpa face to face ni ada sebabnya. Sebab apa, hang sebagai perempuan sememangnya ada kuasa. Kuasa ni orang lelaki pun tak boleh guna. Punya lah hebat kuasa perempuan ni..
Kuasa apa? Kuasa menampor, menerajang, menyepak, meng-karate, dan semua aktiviti keganasan yang lain. Nak lagi best, ajak rakan-rakan seperjuangan sekali..
Jadi itu saje..
Pesan gua kepada lelaki, kalau taste hang minat gadis kurus cantik, minta tolong sangat-sangat jangan kapel dengan gadis tak kurus tak cantik... Kesian kat beliau nanti punya harapan menggunung..
TATA, renung-renungkan selamat beramal jariah.. =)